Bajet 2023 — tentang hal automotif dan pengangkutan – paultan.org


Pembentangan Bajet 2023 bakal berlangsung pada 2.30 pm hari ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen. Ia tiga minggu lebih awal daripada jadual asal yang ditetapkan sebelum ini, iaitu pada 28 Oktober 2023. Seperti biasa, kami akan membuat rangkuman liputan terhadap hal-hal berkaitan automotif dan pengangkutan.

Bajet 2022 tahun lalu agak menarik kerana melibatkan perkembangan bagi industri EV di Malaysia, dengan kerajaan mengumumkan bahawa EV akan dikecualikan daripada duti import dan eksais serta cukai jalan untuk tempoh terhad.

Tahun ini, ada jangkaan bahawa insentif EV ini akan dilanjutkan tempohnya — pengecualian 100% untuk EV CBU sehingga 31 Disember 2023, dan pengecualian 100% duti bagi EV CKD sehingga 31 Disember 2025. MITI memaklumkan sebelum ini yang pihaknya telah mencadangkan lebih banyak insentif EV dimasukkan dalam Bajet 2023.

Sebagai tambahan kepada hal berkaitan automotif ini, kami juga akan memberi perhatian terhadap pengumuman tentang pengangkutan dan juga prasarana awam. Laporan langsung akan diberi kemaskini di sini, jadi terus kekal bersama kami. Apa yang anda harapkan daripada Bajet 2023 ini?





Source link

Leave a Comment